Isnin, 28 November 2011

....cinta....?

cinta yang hadir tanpa di pinta
mekar berbunga di taman hati
anugerah Illahi bagi setiap insan

cinta itu tidak perlu disingkirkan
tapi arahlah ia ke arah cinta yang sejati
cinta utama mesti di dahulukan

cinta kepada Allah
cinta kepada Rasulullah
cinta kepada kedua ibubapa

kebahagiaan itu dari Pemilik cinta
cinta Dia dahulu
kemudiankan yang lain
pasti kitakan bahagia

 

aku menunggu...

kerinduan menanti kepulangan ayahanda, bonda dan kekanda dari kota suci mekah..

Ya Allah, peliharalah mereka dengan rahmat dan kasihMu

Isnin, 8 Ogos 2011

muflis akhirat

"muflis akhirat"...itulah tajuk yang telah dikupas oleh ustaz nurisyam dalam rancangan muqaddimah..

nota ini ditulis buat peringatan bagiku dan para sahabat juga.insyaAllah..

apa yang di maksudkan dengan muflis akhirat???

apabila kita mendengar sesebuah syarikat telah muflis maka terlintas di fikiran kita bahawa syarikat itu telah mengalami kerugian yang besar dari segi kewangannya ataupun bankrap, masih banyak hutang yang belum diselesaikan.

ketika Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat, apakah maksud muflis?.para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)".

Rasulullah SAW bersabda dan menerangkan mengenai maksud dan pengertian muflis itu yang sebenarnya. Sabdanya bermaksud, " Orang yang muflis dalam kalangan umat ku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, zikit, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama juga dia membawa dosa memaki hamun, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan di ambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka." –Riwayat Abu Hurairah-


jangan biarkan diri kita menjadi salah seorang yang di isytihar bankrap oleh Allah di akhirat..na'uzubillah..