Sabtu, 26 Mac 2011

TIPU DAYA SYAITAN

 

Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah syaitan tidak akan berhenti daripada melakukan kerjanya..kerana dia telah bersumpah..firman Allah SWT..

"Berkata (Iblis)Oleh sebab Engkau telah menghukum aku sesat,maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalan Mu yang lurus;kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka;dan engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur."(Surah : Al-A'raf 16&17)

"Berkata (iblis)"Wahai Tuhanku!Oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik(segala maksiat dan keingkaran)di muka bumi ini,dan pasti aku akan menyesatkan mereka itu semua"(Surah : Al-Hijr 39)

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya. 

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu. 

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas. 

Syaitan akan  terus menggoda manusia melakukan maksiat kepada Allah dengan pelbagai cara. kadang-kadang cara yang digunakan syaitan itu sangat halus seperti riya'. kita ingin lakukan sesuatu amalan dengan ikhlas, tetapi syaitan menghiaskan hati kita dengan rasa berbangga dengan apa yang telah kita lakukan. 

oleh itu, duhai diriku dan sahabat-sahabatku berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita..semoga Allah melindungi kita daripada tipu daya syaitan laknatullah..

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Sabtu, 12 Mac 2011

ZUNNUN AL MISRI

 

..biarpun diri ini serba kekurangan dalam bidang penulisan..hakikatnya ingin berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat..agar ianya boleh dijadikan pengajaran dan tauladan bersama...kali ini pula...kita susuri perjalanan ahli sufi...dia pernah di anggap gila oleh insan yang berada di sekelilingnya..namun hakikatnya...dia mendambakan hanya cinta Illahi..

Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi yang masyhur bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya : "Tuan, saya belum faham mengapa orang seperti anda mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana. Bukankah di zaman yang ini berpakaian baik amat perlu, bukan hanya untuk penampilan namun juga untuk tujuan banyak hal lain."


Sang sufi hanya tersenyum, ia lalu melepaskan cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata : "Sahabat muda, akan kujawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah, bolehkah kamu menjualnya seharga satu keping emas".

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu dan berkata : "Satu keping emas ? Saya tidak yakin cincin ini bisa dijual seharga itu". "Cubalah dulu sahabat muda. Siapa tahu kamu berhasil",  jawab Zun-Nun.

Pemuda itu pun bergegas ke pasar. Ia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli seharga satu keping emas. Mereka menawarnya hanya satu keping perak.

Tentu saja, pemuda itu tak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Ia kembali kepada Zun-Nun dan memberitahunya : "Tuan, tak seorang pun yang berani menawar lebih dari satu keping perak".

Sambil tetap tersenyum arif Zun-Nun berkata : "Sekarang pergilah kamu ke tokoh emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik tokoh atau tukang emas di sana. Jangan buka harga. Dengarkan saja, bagaimana ia memberikan penilaian".

Pemuda itu pun pergi ke toko emas yang dimaksud. Ia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Ia kemudian memberitahu : "Tuan, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sesungguhnya dari cincin ini. Pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar".

Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata : "Itulah jawapan atas pertanyaanmu tadi sahabat muda. Seseorang tak boleh dinilai dari pakaiannya. Hanya "para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar" yang menilai demikian. Namun tidak bagi "pedagang emas". Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya dapat dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu perlu proses dan masa, wahai sahabat mudaku. Kita tak dapat menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas."

apa pengajarannya yang sahabat-sahabat dapat???

bagi saya kisah ini kita dapat ambil pengajaran bahawa sesuatu itu tidak boleh di nilai dengan apa yang kita nampak (zahir)..betul tak? kita perlu mendekatinya barulah kita akan mengetahui yang sebenarnya.

lagi satu..cara yang di gunakan oleh ahli sufi ini sangat berkesan kerana dia memberi jawapan dengan cara yang mudah difahami oleh orang yang bertanya...

sebenarnya banyak pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini..terpulang kepada pembaca dalam menilainya...(^_^)