Isnin, 25 Julai 2011

kemanisan iman

aku tertarik pada tajuk yang dibahaskan oleh ustaz Mohd Nizam Kamaruzaman tentang "kemanisan iman" dalam rancangan Tanyalah ustaz.

keterangan yang diberikan oleh ustaz sangat jelas. antara tips yang dapat di kongsikan disini adalah cara untuk mendapatkan kemanisan iman oleh ibnul Qayyim ialah :-

  1. Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.
  3. Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan.
  4. Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.
  5. Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh
  6. Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.
    sempena Ramadan al Mubarak, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita agar mendapat kemanisan iman..

     AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN..ku menanti kedatanganmu untuk memperbaiki diriku..semoga aku dapat sampai kepadamu..










    Kemuliaan Ramadhan

    Album :
    Munsyid : UNIC feat In-Team
    http://liriknasyid.com


    Ramadhan bulan ibadah
    bulan kerahmatan dan keampunan
    para malaikat merendahkan sayap
    untuk menghitung pahala berganda

    ramadhan bulan berpuasa
    bulan kesabaran dan keinsafan
    lapar dahaga mendidik jiwa
    menundukkan nafsu
    mengawal indera

    Pintu syurga dibukakan
    ditutup pintu neraka
    dibelenggu syaitan yang durjana
    dihentikan azab di pusara

    bersyukurlah pada rahmat-Nya
    (Ya ramadhan)
    dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
    beruntunglah bagi mereka yang
    mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
    tiap satu pahala ibadah
    tujuh puluh ia digandakan
    10 akhir ramadhan
    dikurniakan lailatul Qadar
    malam yang terbaik
    diumpamakan seribu bulan

    Khamis, 7 Julai 2011

    perjalanan sebuah kehidupan

    perjalanan kehidupan ini mengajar aku erti ketabahan..
    tanpa bekalan iman didada pasti aku terkulai layu..
    kelemahan diriku perlu di perbaiki..
    ku memerhati di sekelilingku..
    banyak yang dapat ku ambil iktibar darinya..