Jumaat, 21 Januari 2011

NAFSU YANG DEGIL




Setiap insan mempunyai akal dan nafsu..pandai-pandailah kita yang mengawalnya.. sama ada akal yang akan mengawal nafsu atau nafsu yang mengawal akal. Jika diturutkan hawa nafsu, maka musnahhlah kehidupan kita..hari ini saya akan menceritakan tentang hawa nafsu kita yang sangat degil dalam mentaati perintah Allah..


Dalam sebuah kitab karangan “Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy- Syakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke xiii hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan  akal, maka Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “ wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap ke hadapan Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud,” berbaliklah engkau”, lalu akal pun berbalik.


Selepas itu, Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: Wahai akal! Siapakah Aku?”. Lalu akal pun berkata, “ Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”


Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Wahai akal! Tidak Ku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.” 


Setelah itu, Allah SWT menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."


Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah SWT mewajibkan puasa. 


Dengan kisah ini, kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat. Oleh itu, kita hendaklah mengawal nafsu, jangan biarkan ia mengawal kita, sebab kalau ia mengawal kita maka kehidupan kita akan musnah.

Isnin, 17 Januari 2011

BERKAT BACA BISMILLAH

 

Sebagai insan yang lemah, kita sering terlupa membaca bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..padahal dengan membaca bismillah banyak manfaatnya yang kita dapat..betul tak duhai sahabat-sahabatku yang ku kasihi?..baiklah.. pada hari ini saya ingin bercerita..semoga mendapat manfaat ya..kisahnya bermula begini..

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
 
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
 
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
 
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
 
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
 
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Begitulah kisah kehidupan seorang yang yakin dengan tuhannya. hanya dengan menyebut namaNya, Dia menolong hambaNya. Allah mampu melakukan apa yang Dia mahu dengan hanya dengan berkata: jadilah maka jadilah.