ayah..ibu..
kau merupakan dua butir permata yang indah
dan sangat berharga
segala jasa dan pengorbananmu
tak mungkin dapat dibalas
dirimu bagaikan lilin yang membakar
sanggup menerangi kehidupan anak-anak
sedangkan diri hangus di bakar api
kata-kata ikhlas lahir di bibirmu
biarlah diri sengsara asalkan anak-anak senang
biar diri menderita asalkan anak-anak bahagia
sungguh tulus hatimu duhai ayah dan ibu
kau snggup berkorban apa sahaja
biar jasad dan nyawa jadi taruhan
untuk mengalah tidak mungkin terjadi
hatimu di sapa kebahagian
tatkala melihat anak-anak berjaya
jasa yang kau curahkan
bukan minta untuk dibalas
kini kedua ibu bapa sudah tua
tulang empat kerat selama ini berjasa
makin tidak bertenaga
namun berbekalkan kecekalan hati
pekerjaan diteruskan jua
bagi menyara kehidupan suami isteri
duhai anak-anak...
di manakah dirimu saat ini
sudah lupakah pada ayah bonda
bermati-matian menyaramu suatu ketika dahulu
jangan biarkan penyesalan berlaku
sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tiada gunanya
kembalilah menyemai kasih di teratak ayah bonda
curahkan kasihmu sepenuhnya pada mereka
sebelum tiada lagi waktu untuk itu..