Sabtu, 26 Mac 2011

TIPU DAYA SYAITAN

 

Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah syaitan tidak akan berhenti daripada melakukan kerjanya..kerana dia telah bersumpah..firman Allah SWT..

"Berkata (Iblis)Oleh sebab Engkau telah menghukum aku sesat,maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalan Mu yang lurus;kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka;dan engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur."(Surah : Al-A'raf 16&17)

"Berkata (iblis)"Wahai Tuhanku!Oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik(segala maksiat dan keingkaran)di muka bumi ini,dan pasti aku akan menyesatkan mereka itu semua"(Surah : Al-Hijr 39)

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya. 

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu. 

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas. 

Syaitan akan  terus menggoda manusia melakukan maksiat kepada Allah dengan pelbagai cara. kadang-kadang cara yang digunakan syaitan itu sangat halus seperti riya'. kita ingin lakukan sesuatu amalan dengan ikhlas, tetapi syaitan menghiaskan hati kita dengan rasa berbangga dengan apa yang telah kita lakukan. 

oleh itu, duhai diriku dan sahabat-sahabatku berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita..semoga Allah melindungi kita daripada tipu daya syaitan laknatullah..

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan